Wednesday, 25 July 2012

Selamat Tinggal Boboyot...

Dalam coretan aku yang sebelum ini, apabila melihat Boboyot  termenung jauh...terlintas difikiran ku bahawa Boboyot mungkin merenung apakah nasibnya jika aku dan suami pergi meninggalkan dia. Siapakah insan yang sanggup mengambil dan menjaganya dirinya yang buta itu.

Tidak pernah aku duga, bahawa dalam masa terdekat ini aku dan suami benar-benar terpaksa pergi meninggalkannya ntah buat sementara waktu atau buat selama-lamanya. Aku dan suami telah dijemput oleh Allah SWT untuk menjadi tetamunya di tanah suci.

Berhari-hari aku termenung memikirkan siapakah insan yang sanggup menjaga Boboyot ku ini. Tanpa aku duga, atas pertolongan Yang Maha Kuasa...seorang sahabat ku menawarkan dirinya untuk menjaga Boboyot. Bergenang airmata ku membaca sms tawaran darinya itu.

Kini, Boboyot dah berada dalam jagaan Kak Rose. Wahai Boboyot, jangan lah nakal-nakal duduk di rumah orang ye. Jangan buat kotor dan makan kuat sangat tau...

Jutaan terima kasih Kak Rose kerana sudi menjaga Boboyot. Semoga Allah membalas budi baik Kak Rose. 

Selamat Tinggal Boboyot Mama...

No comments:

Post a Comment