Boboyot sedang termenung jauh di dalam kotak
tempat persembunyian kesayangannya...
Melihat si buta yang sedang termenung jauh ini...tiba2 hatiku menjadi pilu dan sebak. Dia seolah-olah sedang memikirkan apakah untung nasibnya pada hari esok...atau mungkin juga dia sedang memikirkan mengapakah setiap detik dan waktu dunianya hanya diselebungi kegelapan. Mengapa dia dia tidak dapat melihat suatu apa pun.
Setiap kali bola berloceng digolekkan ke arahnya...dia akan terkejar ke sana ke mari mencari bola yang berbunyi itu sampaikan terhantuk ke dinding dan kerusi meja. Mungkinkah hatinya terlalu ingin melihat dan menangkap bola itu.
Mungkinkah binatang sekecil ini boleh mempunyai keinginan untuk melihat siapakan dua orang insan yang selalu membelai dan memberinya makan. Mungkinkah dia mempunyai rasa takut andainya dua orang insan ini tiba-tiba menghilang, adakah dia masih mempunyai makanan untuk dimakan dan air untuk diminum.
Wahai Tomei Boboyot...hamba ALLAH yang comel... Janganlah engkau gusar tentang untung nasibmu...kerana sesungguhnya ALLAH SWT lah yang menjadi pelindungmu dan DIA jugalah yang memberimu rezeki. Seandainya takdir ALLAH telah tersurat bahawa kami berdua akan pergi mengadap-Nya terlebih dahulu...semoga masih ada insan yang sudi untuk mengambil dan menjagamu...
InsyaAllah... Moga Allah sentiasa melindungi Boboyot dan moga Allah merahmati kedua-dua orang yg menjaganya
ReplyDeleteAmin..amin..ya rabbala'lamin.. Terima kasih atas doanya.. Semoga Naz juga sentiasa berada di dalam perlidungan dan rahmat ALLAH SWT.
ReplyDelete