Friday, 18 May 2012

Boboyot dapat baju baru yang pertama...!

Hari ini...buat pertama kalinya aku membelikan Boboyot sehelai baju. Aku tertarik nak belikan baju ni untuk dia sebab baju ni sangat cute dan berwarna merah. Suami ku seorang yang gila bola dan dia peminat setia Manchester United (MU). Berdozen-dozen jersy merah MU ada dalam almari baju dia. Jadi, dengan membelikan Boboyot baju merah yang cute ini dapat lah dia geng ngan papa angkat dia ni jadi penyokong MU jugak. Hehehe...elok sangat lah tu... Sehati sejiwa lah konon....


Cantik tak baju baru saya...? Mama yang belikan...



Saya pun fan MU jugak macam papa...


Ada macam jersy club MU tak...? Boboyot tak nampak...





Thursday, 17 May 2012

Hobi baru aku sekarang adalah mengacau Boboyot...hehehe...!!!

Sejak Boboyot hadir dalam hidup kami... Kami berdua kini dah ada hobi baru iaitu... Mengacau Boboyot...!!! Hahahaha.....!!! Seronok...seronok...seronok... Pantang saja ada masa terluang, Boboyot akan jadi mangsa kena kacau...kalau tak kena kacau dengan aku, kena kacau dengan suami aku...hehehe... kesian dia.. Tapi, kadang-kadang tu kami yang kena balik. Kalo dia berjaya tangkap kaki atau tangan kami...dia akan gigit dan cengkam kuat-kuat. Aduyai...kadang-kadang tu sampai luka pun ada. Hah..!! Padan muke kitaorg balik. Balasan sebab main-mainkan dia..



Tuesday, 15 May 2012

Rezeki Itu Ketentuan ALLAH SWT.

ALLAH SWT berfirman : "Dan tidak satu pun makhluk bergerak (bernyawa) di bumi melainkan semuanya dijamin ALLAH rezekinya. Dia mengetahui tempat kediamannya dan tempat penyimpanannya. Semuanya tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuz)." -(Surah Hud , Ayat 6)

Dan di dalam satu surah yang lain pula, ALLAH SWT juga ada berfirman : "Dan berapa banyak makhluk bergerak dan bernyawa yang tidak dapat membawa (mengurus) rezekinya sendiri. ALLAH lah yang memberi rezeki kepadanya dan kepadamu. Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." -(Surah Al-Ankabut , Ayat 60)

Apa yang terjadi kepada Tomei Boboyot dan Ola membuktikan kepada kita semua tentang kebenaran ayat suci Al-Quran ini. Betapa besarnya rahmat dan kasih sayang ALLAH buat hamba-hambaNya. Walau pun ada makhlukNya yang buta dan lumpuh tak bergerak yang mana tak mungkin akan dapat mencari rezekinya sendiri... rezeki tetap sampai ke mulut mereka melalui tangan hamba-hambaNya yang lain yang telah ALLAH aturkan. Sesungguhnya tiada apa yang dapat menandingi Kebesaran, Keangungan dan Kebijaksanaan ALLAH dalam mengatur alam semesta ini... ALLAH Hu Akbar.




Seandainya Boboyot dapat melihat...

Seandainya Boboyot dapat melihat...tentu dia tahu bahawa masih ada kucing lain yang tidak bernasib baik seperti dirinya...

"Ola...Ola... Ola...ola... Mana Ola ni...?? Ola...mak dah balik ni...." Itulah laungan mak setiap kali pulang dari berniaga. Mendengar saja pangilan mak, Ola berlari-lari mendapatkan mak. "Miiaaakk...Miiaakk...Miiaakk...Miiaakk....!!!" Ola mengiau-ngiau minta di dukong dan di belai. Ngiauan Ola sungguh pelik berbanding kucing-kucing mak yang lain. Bunyi ngiauan nya seolah-olah menyebut laungan "mak...". Ola cuba meniru kami adik beradik yang memanggil mak dengan panggilan "mak". Selagi mak tak ambil dan belai dia, selagi itulah dia akan mengiau begitu.

Setelah di angkat ke riba, mak pula akan minta ciuman manja dari Ola... "Cium mak skit... cium mak skit... cepat...kalo tak, tak nak kawan...!!" Ola pun apa lagi...habis satu muka mak diciumnya...sambil laungan "miiaakk" nyer tak putus-putus kedengaran.

Itu lah Ola...salah seekor kucing mak bermata biru pekat, berbulu coklat yang sangat cantik dan berperangai pelik. Hanya dia yang mengiau dengan nada sedemikian. Dia betul-betul hanya mengiau sebegitu bila nampak saja kelibat mak. Dia memanggil mak seolah-olah seperti nada seorang manusia yang melaung panggilan "mak..". Dia sungguh istimewa dan seekor kucing yang sangat manja. Setiap malam dia akan tidur di sebelah mak. Kalau tak dapat di sebelah, di hujung kaki mak pun jadi lah. Dia akan menemani mak solat, masak, mengemas rumah, menyapu sampah di luar rumah malah boleh dikatakan di mana saja ada mak, pasti ada Ola.

Tapi...itu semua dulu... Kini...semua itu hanyalah sebuah kenangan indah yang terpahat dilubuk hati mak. Lebih kurang setahun lalu, Ola diserang suatu penyakit ganjil yang mana akhirnya mengakibatkan Ola menjadi bisu dan lumpuh seluruh anggota badannya. Sedihnya hati mak bukan kepalang melihatkan keadaan Ola yang tak ubah seperti bangkai bernyawa. Tapi demi kasih sayang mak pada Ola, mak tetap setia menjaga Ola bagaikan anak kandungnya sendiri.

Setiap hari sebelum pergi berniaga, mak akan menyuap Ola makan terlebih dahulu dan begitulah juga bila dah pulang dari berniaga. Itu lah rutin mak seharian hampir setahun lebih lamanya. Saksikan lah video yang menyentuh perasaan ini...



















Boboyot dibuli oleh sekumpulan samseng kampung dusun...kesian dia...

Boboyot ni...walau pun dia buta, tetapi dia sangat aktif dan lincah. Kadang-kadang gelagat dia tu tak ubah macam kucing-kucing lain yang boleh melihat saja. Akibat daripada kelincahannya itu...dia telah dibuli oleh sekumpulan samseng kampung dusun ketika pulang ke kampung baru-baru ini. Sekumpulan samseng kampung dusun ini diketuai oleh seekor raksasa gemuk yang mana di dalam video ini dia kelihatannya sedang pengsan akibat overdose makan ikan dan overdose meningkatkan populasi kaum sejenisnya di kampung dusun tersebut. Saksikanlah video yang menarik ini. Selamat menonton... !!





















Friday, 4 May 2012

Teman-Teman Boboyot Di Kampung...

Boboyot terdiam tak tau nak gerak ke mana...



Mimi dan anak-anak sulung nya...uuuuuu....ramainya...



Makan Time.... Cepat-cepat...!!! Saper lambat tak dapat...!!



"Hmmm...hari2 makan nasi ngan ikan, boring lah..!!"
Cuba teka...?? Saper yang cakap tuh..??

Thursday, 3 May 2012

Boboyot Balik Kampung...

Pada hari Jumaat, 27 April 2012 yang lalu aku dan adik perempuan ku pulang ke kampung. Boboyot aku bawa bersama...kesian dia, macam takut-takut aje. Almaklumlah...jarang-jarang naik kereta, selalunya naik kereta kejap-kejap aje bila pergi klinik. Ni jauh sangat perjalananannya...lama sangat duduk dalam kereta. Akhirnya... Boboyot hanya menghabiskan masanya dengan.... z z z z z z z z z....tido la... apa lagi....hampeh..!!