Friday, 13 April 2012

Bersabarlah sayang...

Pada 31 Mac 2012, hari Sabtu yang lalu…aku dan suami keluar rumah selepas waktu zohor sehinggalah ke malam hari. Lebih kurang pukul 10 malam, aku sampai dirumah dan terus menuju ke yard untuk melihat Boboyot terlebih dahulu. Aku melihat dia terbaring dengan kelopak matanya terbuka dan badannya tak bergerak. Jantungku berdegup kencang melihat keadaan itu kerana selalunya apabila dia mendengar sahaja pintu grill rumah dibuka, dia akan segera bangun dan menantiku menyapa dan membelainya. Dengan tanganku yang menggeletar aku meraba ke dadanya dan alhamdulillah…nasib baik masih ada degupan jantungnya. Aku lantas mengangkat dan memeluknya, dan barulah aku nampak sebelah tangannya bengkak dan merah macam disengat oleh serangga yang berbisa. Hatiku menjadi sangat takut jika berlaku sesuatu yang buruk ke atas Boboyot kerana aku tak tahu binatang atau serangga apakah yang telah menggigit dia. Aku nak membawanya ke klinik haiwan tetapi hari dah jauh malam. Jadi, suamiku meyapu dan mengurut kakinya dengan minyak urut sementara menanti hari siang esok untuk membawanya ke klinik.

Keesokan harinya, bengkak di kakinya nampak kurang sedikit, namun tanpa membuang masa suamiku terus membawanya ke klinik haiwan. Doktor mengesahkan dia disengat serangga berbisa tapi tak pasti serangga apa. Setelah diberi suntikan antibiotic dan vitamin, alhamdulillah bengkak di kakinya nampak semakin kurang dan dia pun dah mula ada selera makan.

Inilah rupa tangan Boboyot yang bengkak.

1 comment: